Categories
SELANGOR

Projek jalan sehala Petaling Jaya siap Ogos

OLEH : NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 11 APR: Projek sistem jalan sehala di beberapa kawasan dalam pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata MBPJ meneruskan projek yang sudah siap 80 peratus itu dengan mengikut jadual semasa dan kajian dilakukan sebelum ini.

DSC_2387“Kita tidak tangguh lagi tetapi projek ini diteruskan seperti dirancang dan dijangka dapat selesai sepenuhnya pada Ogos nanti,” kata Mohd Azizi.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara, MBPJ di Prestij, Kota Damansara New Commercial di sini, hari ini.

Katanya, projek jalan sehala itu mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Bandaraya Petaling Jaya terutama di pusat bandar Petaling Jaya.

Sementara itu, ketika mengulas isu terdapat kemungkinan berlaku kebakaran ekoran cuaca panas melampau di Hutan Bukit Gasing di Petaling Jaya, Mohd Azizi menjejaskan perkara itu diluar bidang kuasa MBPJ.

“Walaupun perkara ini dalam bidang kuasa Jabatan Perhutanan tetapi MBPJ juga sedia membantu dengan memainkan peranannya dengan menubuhkan renjer hutan melibatkan masyarakat umum terdiri daripada penduduk dan pelajar,” katanya.

Bagaimanapun, jelasnya perkara itu bakal diumumkan apabila rancangan itu dilaksanakan sepenuhnya nanti.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.