Categories
NASIONAL

Siapa arah Azmin keluar Sarawak 2 Mei?

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUCHING, 29 APR: Pencabulan demokrasi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 berterusan dan kini giliran Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pula diarah keluar dari Sarawak, pada 2 Mei inii.

Mohamed Azmin bagaimanapun berkata, tempoh singkat yang diberikan itu tidak mematahkan usaha beliau untuk menyelami suara hati pengundi rakyat negeri kaya dengan sumber hasil bumi itu.

IMG-20160429-WA0013“Walaupun tempoh saya di Sarawak dipendekkan imigresen, saya akan menggunakan masa berharga ini sepenuhnya untuk memahami suara hati pengundi dan berkongsi visi kami untuk perubahan,” tulis Mohamed Azmin pada ‘page’ rasmi facebook beliau, hari ini.

Sebelum itu, Mohamed Azmin memuat naik gambar dokumen perjalanannya ke Sarawak yang tertera cop ayat ‘permitted to enter and remain in Sarawak/Malaysia until 05/02/2016’.

“Imigresen Sarawak mengarahkan saya keluar dari Sarawak pada 2 Mei 2016. Arahan siapa?,” tulis Mohamed Azmin.

Sementara itu, SelangorKini difahamkan Mohamed Azmin bersama calon Ahli Dewan Undangan Negeri Satok, Mohd Salleh Shawkatali, mengadakan lawatan di beberapa lokasi di Satok, pagi tadi.

Ketibaan Mohamed Azmin mendapat sambutan menggalakkan pengundi yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mendekati dan beramah mesra bersama beliau.

Mohamed Azmin sempat menyantuni beberapa warga emas yang sedang menikmati sarapan pagi di Yong Cafe, di situ.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.