Categories
SELANGOR

Smart Selangor: Teknologi UAV bantu perancangan bandar 

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 22 APR : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor konsisten memacu pertumbuhan gagasan Smart Selangor dengan memperkenalkan sistem baru yang dinamakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV).

Penolong Pegawai Perancangnya, Mohd Khairil Neezam, berkata sistem berteraskan penggunaan teknologi masa kini itu dilihat sangat berkesan dalam menghasilkan teknik baru mendapatkan imageri dengan pantas di lapangan.

Mohd Khairil Neezam“Tujuannya memastikan perancangan tanah negeri dapat diurus secara komprehansif supaya faktor geografi dan persekitaran muka bumi,” katanya kepada SelangorKini.

Khairil berkata, proses ini melengkapkan keupayaan juruukur mendapatkan statistik dan ukuran tepat tanpa bergantung kepada pengunaan Google Earth.

“Sebelum ini, kebanyakkan ukuran dibuat berpandukan penggunaan aplikasi Google Eearth. Tetapi Google Earth yang ada sekarang tidak dikemaskini secara tepat dan kali terakhir ia dibuat sekitar 2014.

“Jadi apabila pihak kami menggunakan UAV yang boleh diterbangkan sehingga ketinggian 1000 kaki untuk membuat ukuran dan pemetaan, aplikasi ini nampak lebih bersistematik.

“Ia sangat membantu kerana dengan ketinggian itu kita boleh membuat ukuran berdasarkan keputusan tepat dan berkualiti,” katanya kepada SelagorKini.

Terdahulu, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sempat meluangkan masa melihat lebih dekat sistem UAV ketika Pameran Smart Selangor di Foyer SUK baru-baru ini.

MB SMART SELANGOR 1Lanjutan daripada proses tersebut, keputusan kiraan pula boleh dilihat menerusi laporan dikeluarkan Sistem Maklumat Perancangan Negeri Selangor (SISMAPS).

Menariknya,  kemudahan tersebut boleh diakses 24 jam menggunakan ruang komunikasi laman sesawang http://sismaps.jpbdselangor.gov.my/

Khairil Nizam berkata, SISMAPS pula berperanan mengeluarkan perincian maklumat terhadap ruang lingkup perancangan corak pembangunan kawasan baru yang ditentukan pihak pemaju dan PBT.

“SISMAPS ini digunakan untuk mengelapasti keadaan guna tanah semasa, dan potensi perancangan akan datang.

“Contohnya, laporan akan dikeluarkan selepas proses cerapan dibuat. SISMAPS akan memberikan perincian data tentang sesuatu kawasan dicerap penentuan sama ada kawasan itu sesuai untuk pembangunan baru atau tidak,” katanya.

Teknologi UAVWalaupun SISMAPS terbuka untuk semakan pengguna awam, namun penggunaannya lebih cenderung kepada beberapa pihak berpentingan yang terlibat secara langsung dalam memajukan kawasan perbandaran baru.

Antaranya Pihak Bekuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerajaan, Juruukur Tanah, Pemaju Perumahan, Perunding, Ahli Akademik, Penganalisis dan pelajar.

Kapasiti inilah mengangkat perkembangan gagasan Smart Selangor secara efisien dan memudahkan kerja Jabatan Teknikal, PBT dan agensi kerajaan membuat pemetaan perancangan bandar baru.

Sehingga kini, keberkesanan pengunaan teknologi itu sudah digunapakai syarikat pemaju dan di beberapa PBT seluruh Selangor, Pahang dan Sarawak.

Teknologi ini diharap terus menyumbang kepada perkembangan Smart Selangor sekaligus mengangkat Selangor sebagai Smart State maju dan sejahtera.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.