Categories
SELANGOR

Tawar aset rahsia, MB gesa Abdul Khalid disiasat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 1 APRIL: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menggesa siasatan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaksanakan susulan dakwaan penawaran aset secara rahsia kepada Puncak Niaga Holdings Sdn Bhd.

Beliau berkata, Abdul Khalid memulangkan aset lebihan kepada syarikat konsesi itu sebanyak RM460 juta membabitkan pindah milik kesemua hartanah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) tanpa sebarang kos serta segala urus niaga bukan berasaskan air.

Katanya, manakala ‘intern company balance’ antara Puncak Niaga Sdn Bhd dan Puncak Niaga Holdings Berhad dilupuskan dengan anggaran kos RM350 juta.

mb-jumaat 2“Ini bermakna nilai sebenar pengambilalihan Puncak Niaga bukan RM1.5 bilion tetapi RM2.01 bilion. Kita sedia maklum bagaimana sesebuah syarikat dan asetnya akan dikuasai pembeli, namun apa berlaku secara senyap beberapa aset dan jumlah dikembalikan kepada penerima tawaran

“Jika diterjemahkan ‘Return On Equity’ (ROE), ekuiti pengambilalihan bukan 12 peratus tetapi 33 peratus.

“Yang berhormat Pelabuhan Klang sering meminta Kerajaan Negeri bersikap telus. Saya ingin bertanyakan adakah tindakan beliau ini dianggap telus dan mempunyai integriti memandangkan tawaran kepada syarikat itu dibuat secara sulit dan melambung daripada 12 peratus kepada 33 peratus,” katanya dalam penggulungan titah DYMM Sultan Selangor.

Mohamed Azmin mendakwa dalam tawaran keempat Kerajaan Negeri pada 26 Februari 2014, beberapa siri rundingan sulit diadakan Abdul Khalid dengan Puncak Niaga tanpa membabitkan pegawai Kerajaan Negeri.

“Pada kali keempat penawaran itu mengemukakan tawaran berlandaskan ROE bernilai RM9.65 bilion, Puncak Niaga tidak menerima sepenuhnya tetapi mahu berunding secara sulit dengan Kerajaan Negeri.

air-syabas_MB1“Oleh itu, beberapa siri rundingan sulit diadakan Abdul Khalid bagi menentukan nilai selain ROE. Hanya pada Jun 2014, Puncak Niaga Holdings mengemukakan surat kepada Abdul Khalid mencadangkan penyelesaian isu itu,” katanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin juga mendakwa Abdul Khalid membenarkan Splash meneruskan ONM operator SSP 1 dan SSP3 dikekalkan syarikat itu sedangkan Kerajaan Negeri membayar nilai ekuiti.

“Melalui surat bertarikh 15 Julai 2009 Kerajaan Negeri memberikan penjelasan bahawa ONM operator SSP1, SSP3 akan dikekalkan. Biasanya apabila syarikat sudah dibeli, maka kita menguasai sepenuhnya apatah lagi nilai dibayar itu adalah nilai ekuiti tetapi Abdul Khalid membenarkan ONM itu diteruskan.

“Saya minta Pelabuhan Klang bertanggungjawab kepada Dewan untuk menjawab bagaimana setelah ditawarkan sejumlah nilai kepada Spalsh tetapi membenarkan Splash untuk meneruskan ONM,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.