Categories
SELANGOR

Tindakan hadkan tempoh MB di Sarawak dikecam

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 APR: Tindakan Kerajaan Sarawak menghalang pemimpin Pakatan Semenanjung memasuki negeri itu petanda jelas belum wujud semangat toleransi antara Sarawak dengan Semenanjung Malaysia walaupun sudah lebih 43 tahun bersama.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei, berkata tindakan menggunakan alasan tidak munasabah itu sepatutnya membuka mata rakyat Sarawak berhubung kepincangan pentadbiran di negeri itu.

PRN SARAWAK“Apapun tarikh kepulangan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dipaksa dan tindakan Kerajaan Sarawak mengekang kehadiran pimpinan Semenanjung dengan tidak sesuai dalam keadaan sekarang dan ini memberi gambaran berlakunya penyalahgunaan kuasa dan mengguna kuasa kuasa veto sewewenang-wenangnya.

“Menyekat pimpinan Pakatan dan rakyat lain memasuki Sarawak tanpa alasan munasabah serta menghadkan tempoh berada di Sarawak ketika pilihan raya ini patut membuka mata rakyat tentang kepincangan pentadbiran Ketua Menteri Adenan Satim,” kata Shuhami ketika dihubungi SelangorKini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan imigresen mengarahkan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin keluar Sarawak pada 2 Mei nanti.

Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) Sri Muda itu turut menggesa supaya pengundi memilih kerajaan baru lebih telus dan menentang pelaksanaan GST yang membebankan rakyat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.