Categories
SELANGOR

Zainal: Nazmi perlu lebih berdisiplin

OLEH : AFIX REDZUAN

MELAKA, 24 APR: Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan menegur pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz supaya lebih berdisiplin dalam perlawanan akan datang.

Beliau yang sedikit kecewa dengan tindakan Muhammad Nazmi sehingga dilayangkan kad merah ketika bertemu PDRM berharap ia adalah kali terakhir.

Ini kerana kekurangan pemain memberikan lebih tekanan kepada pasukan.

“Nazmi perlu lebih mengawal diri kerana kekurangan pemain memberikan tekanan kepada pasukan.

“Bagi saya dia perlu tahu kad merah itu membebankan pasukan. Saya harap dan minta ini adalah kali terakhir serta lebih berdisiplin dalam padang,” katanya selepas perlawanan di Stadium Hang Jebat.

Dalam pertemuan yang berakhir tanpa jaringan itu menyaksikan Muhammad Nazmi Faiz dilayangkan kad merah selepas mengasari Andre Francisco Williams pada minit ke-70.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.