Categories
SELANGOR

117 ibu tunggal terima sumbangan khas

OLEH : SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA , 14 MEI: Seramai 117 ibu tunggal menerima sumbangan khas keperluan asas daripada dalam Program Pasar Percuma anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Pejabat Daerah Petaling (BAKIP) di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway, hari ini.

Ibu tunggal, Masitah Muhamad, 60 berkata beliau bersyukur menerima sumbangan itu kerana sedikit sebanyak meringankan beban untuk bulan ini.

“Walaupun tidak banyak tetapi kami da cukup bersyukur rezeki yang kami terima hari ini.

“Barang terpakai yang diberi secara percuma hari ini pun semuanya masih elok dan boleh digunakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Azizah Razali, 60 juga menzahirkan rasa syukur diatas sumbangan dari BAKIP itu.

“Diharap program seperti ini diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada kami yang kurang berkemampuan dan mendapat ganjara pahala yang besar kepada penyumbang,”katanya.

Pengunjung, Firdaus Jasmani, 34 berkata program itu secara tidak langsung mengeratkan hubungan masyarakat di kalangan penduduk bersama Masjid Al-Husna dan pihak BAKIP.

“Selain itu, ia mengajar diri kita untuk bersikap murah bersedekah kerana setiap rezeki dari lebih yang Allah berikan untuk membantu insan yang memerlukan,” katanya.

Sumbangan khas diberi dalam bentuk barangan keperluan harian rumah seperti beras, minyak masak, susu, sardin dan lain kepada ibu tunggal yang merupakan ahli kariah Masjid Al-Husna.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.