Categories
NASIONAL

131,810 ‘bukan warganegara’ terkapai, isteri Taib Mahmud dapat kerakyatan

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Kerajaan digesa mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah 131,810 kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia antara 2011 hingga 2016 tetapi didaftarkan sebagai bukan warganegara.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata keadaan itu menyulitkan kanak-kanak terbabit khususnya melibatkan masalah perubatan, pekerjaan dan urusan lain.

teo nie ching red 01“Tahniah kepada isteri Gabenor Sarawak, Abdul Taib Mahmud kerana mendapat kerakyatan dan hak mengundi selepas lebih kurang enam tahun berkahwin, pada 2010.

“Saya percaya ini adalah hak beliau untuk dapatkan kerakyatan, bahkan 47,232 pendatang asing turut diberikan kerakyatan antara 2008 hingga 2015.

“Bagaimanapun, 131,810 kanak-kanak lahir di Malaysia didaftarkan seagai ‘bukan warganegara’ berdasarkan jawapan bertulis Kementerian Dalam Negeri, pada 17 Mei lalu,” kata Nie Ching pada sidang media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

nancy1Katanya, keadaan itu disebabkan bapa kanak-kanak terbabit tidak mendaftarkan perkahwinan dengan wanita asing sebelum anak mereka dilahirkan.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan kanak-kanak terbabit menjadi mangsa keadaan atas kesilapan dan kecuaian ibu bapa mereka .

“Kalau kita boleh beri kerakyatan kepada warga asing lain seperti 19,935 Indonesia, 5,228 (India) dan 2,387 (Kemboja). Kenapa tidak kita beri kerakyatan kepada anak rakyat tempatan kita sendiri dan berdasarkan kemanusiaan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.