Categories
SELANGOR

30 penjawat awam sertai Kursus Bahasa Isyarat Mesra OKU

OLEH: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 MEI: Seramai 30 penjawat awam menyertai Kursus Bahasa Isyarat Komunikasi Siri 2 selari dengan hasrat Kerajaan Negeri melahirkan penjawat awam kreatif, inovatif dan mesra OKU.

Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata kursus dua hari di Hotel Carlton Holiday itu membabitkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat tanah dan daerah (PTD) dan jabatan kebajikan masyarakat (JKM).

KURSUS OKU“Ini adalah kali kedua kita adakan, bertujuan memantapkan barisan hadapan jabatan kakitangan awam apabila berurusan dengan komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) di negeri ini.

“Usaha ini juga adalah supaya golongan itu tidak rasa terpinggir dari masyarakat apabila berhadapan dalam kerja atau tugasan harian,” katanya kepada Selangor kini.

Daroyah berkata, sebelum ini, kursus Siri 1 dianjurkan membaitkan kakitangan di jabatan SUK, JKR dan JPS.

“Setiap kakitangan awam perlu ada perngetahuan asas dalam bahasa isyarat supaya lebih mudah dalam menjalankan sebarang urusan dua hala.

“Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas bahasa isyarat supaya golongan itu tidak disisihkan atau wujudnya amalan diskriminasi terhadap mereka,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.