Categories
NASIONAL

Azmin puji Hakim Ibrahim Osman bebaskan MP Tanjung

SHAH ALAM, 19 MEI: Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, menyambut baik keputusan dibuat Hakim Ibrahim Osman, membebaskan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik daripada pertuduhan Akta Hasutan 1948 di Georgetown, Pulau Pinang.

Dalam hebahan medianya, Timbalan Presiden KEADILAN, berkata seperti kenyataan dibuat sebelum ini, tuduhan terbabit adalah bermotif politik dan bertujuan menghalang kebebasan bersuara dalam kalangan pemimpin politik serta orang awam untuk mengkritik kerajaan.

Azmin Ali“Kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menerima hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bersuara serta mengikut undang-undang, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dipilih diwajibkan bersuara atas nama kebenaran dan keadilan.

“Akta Hasutan diguna pakai sejak zaman penjajah itu tidak lagi mempunyai tempat dalam sistem perundangan masa kini kerana demokrasi berperlembagaan terkandung proses dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Keputusan diambil Ibrahim membebaskan Wei Aik daripada pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.