Categories
NASIONAL

Calon Lambir sifatkan pilihan raya terburuk, dakwa Tuai Rumah diugut

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 MEI: Calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir, Mohdar Ismail menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 sebagai pilihan raya terburuk pernah diadakan.

Mohdar berkata, hal ini berikutan Barisan Nasional (BN) menjalankan pelbagai kaedah menyalahi peraturan pilihan raya bagi menghalang beliau bertemu pengundi di beberapa kampung sekitar Lambir.

mohdar“Apabila mereka mendapat tahu saya mahu memasuki ke kampung mereka Tuai Rumah menghantar orangnya untuk menghalang saya daripada memasuki kampung mereka.

“Saya percaya Tuai Rumah diugut pihak tertentu supaya tidak memberikan kerjasama kepada jentera kempen saya,” kata Mohdar ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Beliau kali ke-3 menyertai pilihan raya berkata, selain dihalang memasuki kampung-kampung tertentu, jentera kempen KEADILAN turut mendapati banyak bendera yang dipasang jentera parti hilang.

Mohadar merupakan calon berpengalaman daripada KEADILAN apabila sebelum ini sudah dua kali bertanding di kerusi DUN Bekenu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.