Categories
SELANGOR

PJKita wujud interaksi mesra dengan masyarakat

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 4 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini melancarkan PJKita bagi mewujudkan hubungan dan interaksi lebih mesra dengan masyarakat setempat.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata pendekatan itu memudahkan orang ramai khususnya penduduk bandar raya terbabit berhubung dan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

“Pelancaran PJKita iaitu satu hubungan atau interaksi antara pegawai, ahli majlis dan kakitangan MBPJ lain bersama orang ramai.

MBPJ Datuk Bandar“Dengan kaedah ini, orang ramai boleh menyalurkan maklumat secara terus kepada majlis,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan MBPJ dan pelancaran PJKita di sini, hari ini.

Beliau berkata, PJKita adalah ruang masyarakat berurusan secara tidak formal bersama MBPJ berbanding perkhidmatan sistem aduan disediakan mereka.

Sebelum itu dalam ucapannya, Mohd Azizi berkata, bersesuaian dengan tema Hari Pekerja tahun ini, “Pekerja Tunggak Kemakmuran Negara”, ia amat signifikan dengan tugas seorang pekerja dalam menghasilkan kualiti kerja dan perkhidmatan terbaik.

“Budaya kerja positif akan menghasilkan kerja baik dan seterusnya membawa kepada kecemerlangan akan kejayaan pada masa hadapan.

“Pekerja memainkan perana penting dalam memacu kesejahteraan, kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.