Categories
NASIONAL

Cub Prix: Harith tekad tebus kecewa

SHAH ALAM 20 MEI : Md Harith Farhan Baharin tekad menebus kecewa dengan mensasarkan untuk menamatkan perlumbaan kategori CP115 di atas podium apabila turun beraksi pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Pasir Mas, Kelantan, 20 dan 21 Mei ini.

Pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda itu memulakan aksi musim pertama dalam kelas CP115 dengan cemerlang apabila muncul pemenang tempat ketiga pada pusingan pembukaan di Serdang, Selangor sebelum muncul juara pada pusingan berikutnya di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Harith tekad bangkit rebut podiumNamun hasrat juara Wira musim 2015 itu untuk menaiki podium buat kali ketiga tidak kesampaian setelah sekadar menamatkan perlumbaan pusingan lepas di Kangar, Perlis di kedudukan keenam akibat masalah enjin yang dihadapi sewaktu pusingan ujian masa.

Masalah tersebut menyebabkan Harith gagal melayakkan diri ke pusingan ‘Shootout’ dan terpaksa memulakan perlumbaan akhir dari petak ke-19.

“Saya agak kecewa kerana terpaksa berhadapan dengan masalah mekanikal enjin sehingga gagal mendapatkan masa yang baik ketika sesi latihan bebas dan ujian masa. Masalah tersebut bermula seawal sesi latihan bebas dan berterusan ke sesi ujian masa.”

“Namun dengan kecekapan tenaga kerja pasukan, masalah tersebut dapat diatasi pada hari kedua dan bertambah baik menjelang perlumbaan akhir,” kata Harith.

Menurut pelumba kelahiran Terengganu itu lagi bukan mudah untuk mengejar pelumba di hadapan apabila terpaksa bermula dari petak ke-19.
“Saya bertungkus lumus sepanjang perlumbaan.untuk memintas seorang demi seorang namun hanya berjaya tamat di kedudukan keenam.

“Apa-apapun saya berterima kasih kepada kru pasukan yang berjaya memperbaiki jentera saya dengan cukup baik. Mudah-mudahan masalah tersebut tidak lagi berlaku dan saya akan dapat kembali ke kelompok hadapan pada perlumbaan minggu ni.”

Selepas tiga pusingan, Harith kini berada di tangga kedia keseluruhan dengan 51 mata manakala kedudukan pendahulu milik Tg Amirul Ariffin (Zeneos Motul Yamaha YY Pang) dengan 70 mata dan tempat ketiga milik Md Fareez Afeez (IUGB AFB Tech Racing) dengan 38 mata.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.