Categories
SELANGOR

Dua Bas Smart Selangor untuk Sabak Bernam dengan kos RM620 ribu

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 18 MEI: Sejumlah RM620,000 diperuntukkan bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam percuma, Bas Smart Selangor di daerah Sabak Bernam.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia membuktikan komitmen Kerajaan Negeri melaksanakan agenda pembangunan berlandaskan keadilan dan ihsan.

Katanya, pembangunan tidak seharusnya tertumpu di kawasan perbandaran sahaja.

IMG_20160518_145334-640x445“Masyarakat desa juga mempunyai hak ke atas kemudahan dan pembangunan disediakan hasil kekayaan negeri.

“Inisiatif ini bukan semata kerana sesuatu akan berlaku tetapi kerana perkhidmatan ini menerima sambutan menggalakkan rakyat.

“Jadi kita tidak mahu keluarga di Sungai Besar dan Sabak Bernam ketinggalan,” katanya di hadapan lebih 300 hadirin.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Stesen Bas Sungai Besar Sentral dan Pelancaran Bas Smart Selangor di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman dan Exco Negeri, Dr Daroyah Alwi.

Setakat ini, lebih RM13 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi menyediakan 33 bas bagi program perkhidmatan bas percuma di seluruh Selangor.

Sementara 22 bas lagi disediakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), menjadikan jumlah keseluruhan 55 bas.

BAS PERCUMA SABAK BERNAMBagi Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), dua bas dijadual beroperasi setiap hari bermula 6 pagi sehingga 10 malam dengan kekerapan sejam sekali.

Mula beroperasi esok, bas percuma akan merentasi laluan Sabak ke Sungai Besar seterusnya ke pekan Sekinchan.

Seperti perkhidmatan bas percuma di daerah lain, bas ini turut dilengkapi perkhidmatan wifi, tempat duduk mesra OKU dan sistem maklumat penumpang.

Dalam pada itu, mengulas warkah Anwar dari penjara, Mohamed Azmin berkata perkara itu merupakan hal dalaman parti.

Katanya, beliau juga senada dengan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa ia tidak perlu dibincang di luar parti.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.