Categories
SELANGOR

Jelajah Exco, lawat mahasiswa Selangor di luar negeri

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 20 MEI : Program Jelajah Exco ke seluruh negeri diadakan sepanjang tahun ini bagi meninjau perkembangan golongan belia Selangor yang meneruskan pengajian di luar negeri.

Timbalan Pengarah Majlis Sukan Selangor (MSNS), Mohd Najwan Halimi, berkata program di bawah gerak kerja Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari itu diperluaskan ke luar Selangor sejak tahun lalu.

“Program dialog bersama siswa-siswi Selangor yang berada di luar Selangor ini dibuat bagi mendapatkan maklum balas mereka tentang isu semasa, belia luar Selangor.

“Sebelum ini, kita sudah gerakkan program ini di Selangor dan Melaka. Selanjutnya, program akan diteruskan ke Sarawak untuk meninjau golongan belia kita yang belajar di sana,” katanya kepada SelangorKini.

Program ramah mesra itu dijalankan bagi membolehkan agenda pentadbiran Kerajaan Negeri disampaikan secara efisien kepada golongan muda di luar Selangor.

Ini bukan pertama kali program sedemikian dijalankan di Selangor dalam usaha memastikan golongan belia terus mendapat pendedahan luas tentang pentadbiran tatakelola Selangor.

Amirudin sebelum ini menjelaskan, program sedemikian mampu menyumbang kepada perkembangan idealogi pembangunan generasi muda Selangor.

“Saya berhasrat meneruskan jelajah seumpama ini bagi menemui mahasiswa Selangor di perantauan dan menyampaikan perkembangan negeri supaya mereka tahu penambahbaikan dibuat khusus untuk generasi muda.

“Antaranya termasuk dalam bidang keusahawanan dan kebudayaan iaitu portfolio di bawah kelolaan juga pengurusan saya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.