Categories
SELANGOR

HIJRAH sedia bantu petani tanaman kontan dengan syarat minima

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 MEI: Hanya dengan syarat minima, petani tanaman kontan juga boleh memohon pembiayaan HIJRAH bagi mengusahakan projek pertanian masing-masing.

Ketua Pegawai Operasi (COO) HIJRAH Selangor, Roslim Md Akhir, berkata antara syarat dikenakan pemohon perlu memiliki tanah yang boleh diusahakan sama ada milik sendiri atau tanah mendapat kebenaran oleh pemilik secara kontrak sah.

HIJRAH SELANGOR“Kita tak dapat nak beri pembiayaan sekiranya tanaman diusahakan secara setinggan atau secara tak sah kerana kita tak mahu timbul pelbagai masalah.

“Hanya projek tanaman diusahakan di atas tanah sah sahaja kita boleh keluarkan pembiayaan dan syaratnya juga mudah. Kalau tidak ada syarikat berdaftar juga kita boleh pertimbangkan,” kata Roslim ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Katanya, antara projek tanaman kontan yang boleh memohon pembiayaan HIJRAH seperti tanaman jagung, cili, sayur-sayuran dan pelbagai jenis penanaman fertigasi lain.

“Diseru petani seperti di Sungai Besar yang sesetengahnya mungkin ada tanah kosong tetapi tak dapat usahakan kerana berhadapan masalah modal untuk memulakan projek, datanglah berjumpa kami.

“Kita boleh bincangkan bagaimana HIJRAH boleh tolong sebab tentu merugikan petani sendiri kalau ada tanah tapi tanah dibiarkan kosong sahaja,” kata Roslim lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.