Categories
SELANGOR

Jenazah Noriah Kasnon selamat dikebumi

OLEH : HAFIZAN TAIB

TANJONG KARANG, 7 MEI: Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sungai Burong di sini, malam tadi.

Jenazah Allahyarhamah disemadikan kira-kira jam 2 pagi di kampung kelahirannya selepas disembahyangkan di Masjid Ar Rahmah, Batu 12 di sini.

ChyDBNXUkAE9dduSelain anggota keluarga, turut hadir di tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar dan Naib presiden Gerakan Datuk A. Kohilan Pillay.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir adalah Exco Kerajaan Negeri Zaidy Abdul Talib, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan Ng Suee Lim, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam.

Sama hadir, ADN Sungai Burong Datuk Shamsudin Lias, ADN Permatang Sulaiman Razak, ADN Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi.

IMG_20160507_011800Allahyarhamah, 52, yang juga anggota Parlimen Sungai Besar meninggalkan empat orang anak berumur 29, 24, 21 dan 19 tahun daripada perkahwinan beliau sebelum ini serta seorang anak angkat berumur tiga tahun.

Noriah merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat Eurocopter AS350 yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang petang Khamis.

IMG_20160507_014438Turut menaiki helikopter sama ialah suami Allahyarhamah Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Tiga lagi turut menaiki pesawat malang ituialah Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.