Categories
KENYATAAN MEDIA

KEADILAN tekad terus perjuang hak rakyat Sarawak

OLEH : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

KEADILAN mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Adenan Satem di atas kemenangan beliau dan menantikan janji-janji reformasi termasuk autonomi Sarawak yang sebenar ditunaikan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada warga Sarawak kerana terus memberi kepercayaan kepada 3 calon KEADILAN di Ba’Kelalan, Krian dan Batu Lintang; dan di Telang Usan, di mana KEADILAN hampir menang.

PRN SARAWAK KEADILANKami turut mengucapkan terima kasih kepada para pengundi kerana terus yakin kepada semangat dan matlamat perjuangan KEADILAN tatkala kami meningkatkan usaha memenangi hati para pengundi bumiputera di kawasan-kawasan luar bandar.

Kami berjanji untuk terus berkhidmat dan mempertahankan kepentingan rakyat Sarawak, sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun di peringkat Parlimen.

Kami bertekad mengangkat suara rakyat tanpa rasa takut kerana kami percaya masih banyak yang perlu diusahakan demi membina masa depan yang lebih baik untuk semua.

Pada masa yang sama, kami akan bermuhasabah diri, serta mempertingkat dan memperbaiki keupayaan pakatan politik ini dalam mempersembah program bersama yang memperjuangkan keadilan sosial dan ekonomi demi rakyat.

Amatlah penting untuk ingat bahawa pilihanraya negeri kali ini merupakan pilihanraya negeri yang paling susah bagi kami, dengan pelbagai cabaran dan halangan yang mengingatkan kami untuk terus istiqamah dalam perjuangan mendesak pilihanraya yang lebih bebas dan adil sebelum pilihanraya umum yang akan datang.

Kita perlu mengatasi kepentingan kepartian yang sempit demi perpaduan nasional. Ini amat penting untuk menzahirkan masa depan yang lebih baik demi Sarawak.

* Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden KEADILAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.