Categories
BERITA UTAMA

Keluasan tanah rizab Melayu di Selangor meningkat dua kali ganda

OLEH MOHD EZLI MASHUT

MENGEJUTKAN. Kajian dilakukan beberapa pihak menunjukkan tanah rizab Melayu di negara ini kian merosot. Keluasan terkini menunjukkan berbaki 1.57 juta hektar atau 11.9 peratus sahaja.

Menurut Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff, berkata keadaan itu berpunca daripada sikap beberapa Kerajaan Negeri yang tidak mempertahankannya.

Namun, ia berbeza di Selangor apabila tanah rizab Melayu sentiasa mendapat perhatian penuh Kerajaan Negeri. Ketika banyak negeri mengalami kemerosoton tanah rizab tetapi di Selangor terus meningkat.

Merujuk kepada Hansard Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) bertarikh 7 April 2015 menyatakan Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 mengenai pengurusan tanah rizab Melayu di Selangor seluas 406,622.56 ekar.

Daripada jumlah itu, seluas 11,077.8 ekar tanah rizab Melayu dibatalkan pewartaannya. Sehingga Februari 2014, seluas 7,210.73 ekar tanah diganti. Kerajaan Negeri memandang serius ke atas penggantian tanah rizab Melayu dibatalkan.

tanah_0Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 1 Oktober 2014 iaitu Mesyuarat MMKN pertama dipengerusikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meluluskan penggantian tanah di daerah Hulu Selangor seluas 940.4 ekar.

Manakala, MMKN bertarikh 8 Oktober 2014 meluluskan tanah di daerah Gombak seluas 895.0 ekar untuk diwartakan sebagai tanah rizab Melayu.

Kelulusan cadangan penggantian itu menjadikan baki keluasan tanah rizab Melayu belum diganti seluas 2,031.74 ekar iaitu 18.34 peratus daripada jumlah keseluruhan tanah rizab Melayu dibatalkan.
Keluasan tanah rizab Melayu di Selangor terus meningkat (sub)

Pada Disember 2014, Kerajaan Negeri mengenalpasti tanah bersesuaian di daerah Kuala Langat seluas 2,496.53 ekar dan daerah Kuala Selangor seluas 500 ekar dicadangkan sebagai tanah ganti tanah rizab Melayu.

Kertas cadangan mengenai penggantian itu disediakan pejabat tanah dan daerah berkaitan untuk pertimbangan Mesyuarat MMKN.

Apabila kertas cadangan mengenai penggantian ini diluluskan, maka jumlah keseluruhan tanah rizab Melayu dibatalkan terlebih ganti sebanyak 964.79 ekar dan ia secara tidak langsung menambah keluasan tanah rizab Melayu di Selangor menjadi seluas 407,587.35 ekar.

Secara faktanya, keluasan juga sudah meningkat lebih dua kali ganda daripada 51,083.50 hektar pada 2009 kepada 170,533 hektar, pada 2014.

Malah pada 2015, Dato’ Seri Mohamed Azmin di Sidang DNS, berkata pihaknya komited menjaga tanah rizab Melayu dengan mewajibkan penggantian jika wujud keperluan membatalkan yang mahu dibangunkan.

keramatMohamed Azmin berkata, kebiasannya Kerajaan Negeri perlu mengganti tanah rizab Melayu yang dibangunkan kerana ia termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1965.

Tanah rizab Melayu dipertahan dan diganti (sub)

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah majlis pembukaan DNS mahu Kerajaan Negeri menyegerakan proses penggantian semula tanah rizab Melayu yang diambil sebelum ini.

Kerajaan Selangor sejak 2008 memantau secara lebih dekat tanah rizab Melayu bukan sahaja melibatkan keluasan tanah malah juga lokasi, jenis kegunaan tanah dan nilai tanah itu mengikut harga pasaran semasa.

Peningkatan keluasan itu membuktikan Kerajaan Selangor sejak 2008 mengambil langkah proaktif menambah keluasan tanah rizab Melayu dengan mewajibkan penggantian semula bagi tanah diambil.

Pengauditan bagi mengenalpasti keluasan sebenar dan menghalang usaha mana-mana pihak termasuk ahli politik untuk menjual tanah rizab Melayu selain menghalang pencerobohan haram menerusi tindakan penguatkuasaan pihak berwajib.
Dakwaan blog Kerajaan Negeri tak pertahan gimik politik (sub)

Tanah Rizab MelayDakwaan sebuah laman blog dengan tajuk 1Malaysia bertarikh 13 Mei lalu berkenaan tanah rizab Melayu di Bagan Nakhoda Omar adalah isu kitar semula untuk membakar sentimen perkauman menjelang Pilihan Raya Kecil Sungai Besar.

Blog itu mendakwa ADN Sekinchan, Ng Suee Lim meminta Kerajaan Negeri menukarkan status tanah diduduki orang Cina di Bagan Nakhoda Omar daripada tanah rizab Melayu dan warta itu dihapuskan.

Alasannya, tanah rizab Melayu di Bagan Nakhoda Omar itu diduduki orang Cina dan jumlah mereka pula adalah 100 peratus.

Namun, perkara demikian dijawab Suee Lim di Sidang DNS pada 6 November 2015 dan menolak kenyataan itu yang hanya sekadar gurauan.

Katanya, kenyataan itu hanya jenaka ketika berbahas tanpa berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Jadi, adalah tidak wajar blog berkenaan mengitar kembali isu sekadar untuk memberi persepsi negatif terhadap Kerajaan Negeri yang tidak prihatin kepada masa depan tanah rizab Melayu di negeri itu.
Sultan titah tanah rizab Melayu diganti (sub)

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika perasmian Sidang DNS pada 30 Mac 2015 mengingatkan hak orang Melayu dan Bumiputera mesti dipertahankan termasuk jumlah keluasan tanah rizab Melayu selaras dengan Perkara 89, Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang bentuk penggantian tanah baru harus ‘serupa keadaannya”’dan mempunyai nilai pasaran kompetif,” titah baginda.

Apa yang pasti, titah itu perlu diberikan perhatian semua pihak dan ia sudah diberikan perhatian khusus Kerajaan Negeri melalui pelbagai dasar dan perancangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.