Categories
SELANGOR

Tren ETS bertembung, 3 cedera ringan

KUALA KUBU BHARU 7 MEI: Tren penumpang dari Butterworth bertembung dengan tren ETS di laluan Kuala Kubu Road berhampiran Stesyen Komuter Batang Kali.

Menurut Laman Facebook Pasukan Bomba dan Penyelamat dilaporkan tiga penumpang cedera ringan ekoran insiden itu yang berlaku kira-kira jam 1.48 petang dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dilaporkan kedua-dua keretapi membawa seramai 510 penumpang.

Kemalangan itu melibatkan tren penumpang 13 gerabak dari Butterworth dengan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh di lokasi.

Ch1f_6-VIAAfsNI

Ch1gA5nUgAAe194

 

Ch1jAvnUUAEMNGC

Ch1jBK_VAAALPuw

GAMBAR: FB BOMBA 

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.