Categories
NASIONAL

Nahas Helikopter: Mayat ketiga mangsa ditemui

KUCHING 7 MEI: Mayat ketiga mangsa nahas helikopter terhempas pada Khamis tiba di Ibu Pejabat Polis negeri di sini kira-kira jam 2.20 petang.

Ia dibawa menggunakan van ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Identiti mangsa ketiga yang tidak diketahui itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat di Sungai Batang Lupar kira-kira jam 12.05 tengah hari.

Sebelum itu, mayat kedua berjaya ditemui di tebing Sungai Batang Lupar, pagi Sabtu, kira-kira 15km daripada tempat mayat pertama dijumpai pada Jumaat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Abdul Aziz Yusof berkata mayat lelaki itu ditemui kira-kira 8.30 pagi Sabtu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Mayat itu ditemui kira-kira 10km daripada Pusat SAR Lingga, 49km dari bandar Sri Aman, katanya.

“Mayat mangsa telah dibawa menggunakan helikopter ke Hospital Umum Sarawak, Kuching,” katanya dipetik MStar Online.

Sementara itu dilaporkan mayat kedua dijumpai adalah Datuk KSU Kementerian Perusahaan Komoditi dan Peladangan,Datuk Dr Sundaran Annamalai.

Dalam perkembangan terkini, mayat ketiga nahas helikopter yang ditemui jam 1.03 tengah hari tadi di Sungai Batang Lupar, Lingga, disahkan sebagai Lans Koperal Ahmad Sobri Harun, pengawal peribadi kepada Datuk Noriah Kasnon.

Perkara itu disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.