Categories
SELANGOR

Keselamatan awam fokus utama MDKL laksana projek

BANTING 27 MEI : Keselamatan awam sentiasa menjadi fokus utama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dalam merangka serta melaksanakan projek infrastruktur di daerah ini.

Pegawai Komunikasi Korporat MDKL, Nurfadhilah Jalaludin, mengulas berkaitan isu pembinaan susur jalan ‘kerb’ dan perabot jalan yang mendapat perhatian serta maklumbalas orang awam dan peniaga di Jalan Bunga Pekan 3 di sini.

MDKLCadangan pembinaan susur jalan ‘kerb’ itu susulan isu laporan peningkatan kes kemalangan jalan raya di kawasan itu oleh wakil Majlis Perwakilan Penduduk pada Jun 2015 lalu.

Tindakan susulan itu, setelah enam siri perbincangan, pihak Majlis menimbangkan beberapa cadangan diusulkan termasuk cadangan pembinaan bulatan kecil, pembinaan bonggol, pemasangan lampu keselamatan serta pembinaan garisan penghalang kelajuan.

Pihak Majlis mengkajia sebelum meluluskan pertimbangan bagi kerja pembinaan pembahagi jalan di tengah Jalan Bunga Pekan 3 pada April lalu dan seterusnya melantik kontraktor bagi melaksanakan projek itu.

Walau bagaimana pun, kerja pembinaan dirancang serta dijangka disiapkan menjelang 30 Mei ini menerima respon daripada peniaga di kawasan terlibat.

Perbincangan dan penerangan diadakan diantara wakil Majlis Perwakilan Penduduk bersama wakil wakil peniaga, dan memutuskan tiada halangan terhadap projek itu dan memaklumkan semula kepada pihak Majlis setelah berbincang dengan Pengerusi Persatuan Peniaga.

Siri perbincangan lanjutan kali kedua turut diadakan pada 17 Mei lalubersama wakil Persatuan Perniagaan Cina Kuala Langat, di pejabat persatuan bersama wakil Majlis Perwakilan Penduduk kawasan tersebut memaklumkan peniaga tiada halangan projek tersebut diteruskan.

Perkara ini dibincang dan dipersetujui bersama ketika mesyuarat penuh MDKL pada 24 Mei lalu dengan Majlis sentiasa membuka ruang kepada pihak terlibat mengemukakan pandangan demi kebaikan bersama.

Isu petak parkir kenderaan yang terjejas juga diperhalusi dan Majlis membuat penyusunan semula lot parkir kenderaan terlibat bagi kemudahan pelanggan ke premis perniagaan dan hasil mesyuarat itu memutuskan meneruskan perlaksanaan projek pembinaan itu demi keselamatan pengguna.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.