Categories
SELANGOR

KUIS – 21 IPT Indonesia meterai MOU pendidikan

OLEH: ERMIZI MUHAMAD

BANGI, 26 MEI : Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) menandatangani perjanjian memorandum pendidikan (MOU) bersama 21 intitusi pengajian tinggi (IPT) Indonesia.

Berlangsung di Dewan Majlis Senat, MOU itu ditandatangani Timbalan Rektor Pengurusan Korporat, Zulkifli Abd Hamid dan wakil-wakil rektor dan pensyarah daripada 21 delegasi terlibat.

Bercakap kepada SelangorKini, Zulkifli Abd Hamid, berkata ia merupakan usahasama julung kali KUIS bagi meningkatkan pembangunan pendidikan berteraskan pengajian Islam terhadap dunia pendidikan di Selangor.

IMG_20160526_163116-800x699“Pemeteraian ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk mengadakan pelbagai bentuk program seperti pertukaran pelajar, pensyarah dan seminar pendidikan lainnya.

“Saya percaya proses ini juga bakal menjadikan sistem pendidikan di KUIS lebih bersifat komprehansif dan berkembang di peringkat Asia Tenggara sekaligus mampu memperkenalkan KUIS di peringkat antarabangsa,” katanya.

Antara delegasi dari Indonesia memeterai persefahaman itu adalah, Sekolah Tinggi Murtabiyah, Sekolah Tinggi Agama Islam Al Kamal, Sekolah Tinggi Agama Islam Muhamadiyah dan Sekolah Tinggi Al Muhammad Cepu.

IMG_20160526_163229-800x506Ia turut disertai Sekolah Tinggi Agama Islam Grobogan, Universitas Nahlatul Ulama Surakarta, Universitas Sains Al-quran Wonosobo dan Koordinator Perguruan Tinggi Agama Islam Wilayah X.

Pemeteraian ini juga mencatat sejarah tersendiri apabila KUIS antara Institut Pendidikan di Selangor secara konsisten menjalinkan kerjasama pendidikan di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, KUIS juga pernah memeterai persefahaman jangka panjang bersama Universiti Islam Attahiriyah Jakarta, Institut Perguruan Tinggi Kementerian Al-Quran.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.