Categories
SELANGOR

KUIS tawar lepasan SPM lanjut pengajian dan biasiswa

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 20 MEI : Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setarafnya mengikuti pengajian di bawah institusi milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) itu.

Timbalan Pendaftar Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat KUIS, Halim Mokhta,r berkata 13,000 surat tawaran ditawarkan kepada lepasan SPM 2015 bagi mengikuti pengajian di KUIS.

KUISDaripada jumlah itu katanya, 4,000 pelajar dijangka mengikuti pembelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah di KUIS untuk kemasukan akan datang.

“Jumlah itu mungkin ada pertambahan atau sebaliknya kerana jumlah sebenar kemasukan itu subjektif. Tapi setakat ini sambutannya amat memberangsangkan.

“Faktor ini didorong atas usaha dan galakan daripada Kerajaan Negeri yang banyak membantu kita dalam pelbagai program antaranya program tahfiz menerusi peruntukan RM5 juta diberikan Kerajaan Negeri sebelum ini,” katanya kepada SelangorKini.

KUIS menawarkan program di bawah Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Pengurusan dan Muamalah, Sains dan Teknologi Maklumat dan Pendidikan.

Sebelum ini, KUIS memberi peluang kepada pelajar terbaiknya menerima biasiswa pengajian UKSB (Utusan Karyawan Sdn Bhd) bernilai RM50,000 sebagai galakan dalam bidang pendidikan.

Lebih membanggakan, teras pendidikan KUIS juga mencakupi bidang penyelidikan dan penerbitan berteraskan pendidikan Islam selepas memeterai beberapa MOU di peringkat antarabangsa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.