Categories
SELANGOR

Liga Super: Red Giants tekad tampil aksi terbaik

OLEH : NORHAYATI UMOR

BATU CAVES, 14 MEI: Skuad Gergasi Merah Kuning komited berikan aksi terbaik dalam dua perlawanan terakhir Liga Super sebelum bertarung semula pada 16 Julai depan menentang PDRM.

Pengurus Pasukannya, Amirudin Shari, berkata walaupun kekalahan di Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini, namun pasukan Merah Kuning tetap yakin mampu menjuarai Liga Super musim ini.

RED GIANTS“Tidak dinafikan ada beberapa kekecewaan terutamanya AFC. Namun, ia mungkin ada hikmahnya.

“Mungkin dengan hikmah ini, akan memberikan lebih ruang yang lebih luas untuk persediaan dan pemain juga dapat sembuh dari kecederaan,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui.

Amirudin berkata setakat ini, beliau berpuas hati kerana Red Giants masih dalam trek untuk mengarap kejuaraan.

“Jadi kita harap dapat capai dua perlawanan terakhir sebelum rehat dan baru menumpukan apa-apa perkara yang lain.

“Sudah tentu kita sasarkan dua kemenangan tahun ini iaitu Liga Super dan mengekalkan kejuaraan dalam Piala Malaysia,” katanya.

Dua perlawan terakhir itu membabitkan Selangor menentang Kelantan pada 18 Mei dan 21 Mei depan sebelum berehat menjelang Ramadan.

Baru-baru ini, skuad Selangor terpaksa akur apabila ditunjuk jalan keluar daripada saingan Piala AFC 2016 selepas tewas 0-1 kepada Tampines Rovers dalam aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Nasional, Singapura.

Skuad Gergasi Merah kembali membuat penampilan dalam saingan Piala AFC musim ini apabila kali terakhir beraksi pada kejohanan itu bersama Arema Cronus, Maziya S&R dan Hanoi T&T pada 2014.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.