Categories
SELANGOR

MB: Harga Rumah Mampu Milik Selangorku kekal

OLEH: ERMIZI MUHAMAD

SUBANG BESTARI, 7 MEI : Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menaikkan kadar harga Rumah Mampu Milik Selangorku walaupun berlaku peningkatan kos bagi tujuan pembinaannya.

Menteri Besar, Dato’Seri Mohamed Azmin Ali berkata, fokus utama Kerajaan Negeri untuk terus memastikan setiap keluarga di Selangor memiliki kediaman sendiri.

subangbestari 2“Kita mahu uruskan tanah di Selangor ini dengan lebih bertangunggjawab. Maknanya ia bukan untuk diberikan kepada pimpinan atau kroni.

“Sebarang pelupusan tanah di Selangor perlu melalui proses tender terbuka supaya kita dapat menjamin prinsip ‘value for money’demi pembangunan dan kepentingan rakyat.

“Jadi kita tiada sebarang cadangan untuk menaikkan harga rumah mampu milik ini kerana kita sudah ada paras harga tertentu yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku di Tanah Lapang Sekolah Kebangsaan Subang Bestari Seksyen U5, di sini pagi ini.

subangbestariAntara yang hadir, Ahli Parlimen Subang; Sivarasa Rasiah dan Pegawai Kewangan Negeri Selangor; Dato’ Noordin Sulaiman,

Ketika ini, harga kediaman Rumah Mampu Milik Selangor dijual dengan harga serendah RM150,000 sehingga RM250,000 dan menerima sambutan cukup baik daripada masyarakat seluruh Selangor.

Konsep perumahan Selangorku menyediakan empat jenis rumah iaitu A berharga RM42,000, B (RM120,000), C (RM180,000) dan D (RM220,000 hingga RM250,000).

Berbanding dasar Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) diwujudkan Kerajaan Pusat dijual pada kadar mencecah RM400,000 seunit sekali gus menyukarkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri.

Dalam perkembangan sama Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri juga optimis memastikan nilai hartanah di seluruh negeri berada di bawah kawalan demi kepentingan rakyat.

“Kerajaan Negeri mengambil serius isu kawalan harga ini sebab itu sekarang ini kita memang tidak bercadang untuk naikkan harga kerana tanah-tanah ini adalah milik Kerajaan (Negeri).

“Jadi kos itu agak minima, berbeza dengan PRIMA kerana nilai hartanah mereka sangat tinggi ketika ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.