OLEH: HAFIZAN TAIB
SEKINCHAN, 21 MEI: Pelbagai program kebajikan dirangka Kerajaan Negeri banyak membawa manfaat kepada rakyat terutama dalam situasi sukar dihadapi kini dengan kos sara hidup tinggi.
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia adalah usaha berterusan Kerajaan Negeri yang dirangka demi memenuhi keperluan golongan sasaran memerlukan.
“Petang ini kita bertemu dari keluarga dari Site B Sekinchan dan pewaris penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan sebelumnya kita beri bantuan makanan asas percuma di Sungai Besar.
“Bukan kerana disebabkan sesuatu berlaku di Sungai Besar tetapi Kerajaan Negeri sudah mengumumkan lebih awal,” katanya dalam majlis penyerahan hakmilik tanah Site B Sekinchan dan bantuan SMUE Fasa Kedua di sini, semalam.
Beliau berkata, program seumpama itu adalah perancangan Kerajaan Negeri atas sikap kepedulian kepada rakyat dengan kos sara hidup tinggi serta terbeban dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“GST ini bukan kerana kesalahan dan kecuaian kita tetapi kerana pentadbiran negara hari ini gagal mengurus ekonomi dengan baik,” katanya.
EZY