Categories
SELANGOR

Rakyat gembira keprihatian Kerajaan Negeri

OLEH : HAFIZAN TAIB

SUNGAI BESAR, 21 MEI: Penduduk kurang berkemampuan di Parlimen Sungai Besar di sini, melahirkan kesyukuran dalam usaha Kerajaan Negeri mewujudkan program bantuan makanan asas “#SmartSelangor Food Stamp” 2016.

Ternyata usaha itu memberi manfaat besar dalam membantu keluarga berkaitan menangani masalah kehidupan terutama masa kini perlu menempuhnya dengan kos sara hidup tinggi.

Mahmud Senawi, 58, dari Sekinchan, berkata program bantuan bulanan membantu golongan kurang berkemampuan itu pasti melegakan mereka yang dihimpit kesempitan hidup.

“Memang bersyukur apabila dipilih untuk mendapat bantuan ini kerana sebelumnya saya tidak pernah mendapatnya.

“Sedikit sebanyak ia membantu dan usaha ini patut diteruskan Kerajaan Negeri kerana masih ramai perlu dibela di negeri ini,” katanya kepada SelangorKini di sini, semalam.

IMG_6221Mahmud adalah salah seorang daripada 100 keluarga dari DUN Sekinchan serta 100 keluarga (DUN Sungai Panjang) yang menerima bantuan daripada Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali selepas majlis pelancaran program itu di Dewan Seri Bernam, di sini.

Seorang penerima dari Sungai Panjang, Saedah Ishak, 72, turut terkesan dengan bantuan itu yang dianggap membantu terutama ketika umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan.

“Seronok dapat bantuan macam ini kerana ia mengurangkan belanja bila menyambut Ramadan nanti.

“Program dibuat ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu rayat kurang berkemampuan,” katanya.

Program bantuan makanan asas “#SmartSelangor Food Stamp” 2016 dengan peruntukan RM3 juta adalah inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban golongan masyarakat berpendapatan rendah.

Bantuan secara bulanan itu memberi manfaat kepada 5,600 keluarga dari seluruh DUN di Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.