Categories
SELANGOR

MPAJ: Elak guna orang ketiga dapat kelulusan pelan

OLEH : AFIX REZUAN

AMPANG, 31 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengingatkan penduduk tidak menggunakan khidmat orang ketiga atau ‘runner’ bagi mengelakkan penipuan mendapatkan kelulusan Pelan Pengubahsuaian Bagunan Kediaman.

Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain, berkata pihaknya menemui tiga kes penipuan sejak 2015 dan sudah mengambil tindakan mengikut perundangan bagi melindungi kepentingan MPAJ serta orang awam.

MPAJ“Diingatkan orang awam terutamanya penduduk supaya lebih berhati-hati daripada menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab dalam urusan permohonan kelulusan pelan ubahsuai bangunan kediaman,” katanya.

Abd Hamid berkata antara bentuk pemalsuan dikesan melibatkan peniruan tandatangan Ketua Jabatan pada pelan kelulusan, surat kelulusan MPAJ, resit bayaran proses pelan serta paparan kelulusan bangunan di tapak.

Difahamkan ‘runner’ menawarkan dokumen kelulusan palsu pada harga lebih rendah sekitar RM20,000 dengan lokasi tumpuan di sekitar Pandan Perdana dan sebelum itu satu kes berlaku di Kampung Pandan.

“Kebiasaannya kelulusan pengubahsuaian diberikan dalam tempoh 14 hari.

“MPAJ dan mangsa sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Kita sudah meminta mangsa mengemukakan permohonan baru dan kita sedia berunding mengenainya,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya terus menghubungi Jabatan Bangunan dan Senibina MPAJ atau kaunter Jabatan di Aras 10, Menara MPAJ.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.