Categories
SELANGOR

MPAJ terima penarafan PBT lima bintang

OLEH : AFIX REZUAN

AMPANG, 31 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerima Anugerah Lima Bintang untuk Penarafan Bintang Bahasa Kebangsaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain, berkata MPAJ merupakan penerima tunggal penarafan lima bintang yang berlangsung pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2015 di Miri, Sarawak.

MPAJ“Kita berharap prestasi ini dapat dikekalkan. Audit menyemak dan kita menggunakan Bahasa Malaysia dengan baik serta betul,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Mesyuarat Penuh MPAJ Bil.5/2016.

Dalam perkembangan sama, Abd Hamid berkata MPAJ mencatatkan kutipan hasil cukai taksiran berjumlah RM45.94 juta dari 1 Januari hingga 30 April 2016.

Pencapaian itu melibatkan RM40.48 juta kutipan semasa cukai taksiran dan RM5.46 juta bagi kutipan tunggakan.

“Bil Cukai Taksiran MPAJ sepatutnya dikutip bagi tempoh Januari sehingga Jun 2016 sebanyak RM49.38 juta.

“Tunggakan Cukai Taksiran sebanyak RM10.52 juta dengan jumlah bil dikeluarkan 171,841 bil bagi tempoh satu penggal dalam 2016,” katanya.

Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri menetapkan jumlah kutipan 90 peratus bagi kutipan semasa cukai taksiran dan 70 peratus kutipan tunggakan cukai taksiran.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.