Categories
SELANGOR

MPSJ larang guna polisterin di bazar Ramadan

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 25 MEI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melarang kepada 1,397 peniaga tapak bazar Ramadan menggunakan bekas makanan polisterin dalam urusniaga di 24 zon, bermula tahun ini.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata peniaga boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk kompaun maksimum RM1,000 dikenakan jika larangan itu gagal dipatuhi.

ydp mpsj“Peniaga yang gagal mematuhi arahan tahun ini boleh disenarai hitam untuk permohonan tapak bazar Ramdan tahun depan.

“Kita sebenarnya sudah melarang penggunaan polisterin di bazar Ramadan sejak tahun lalu tetapi masih ramai peniaga ingkar, jadi tahun ini kita tidak berkompromi untuk pastikan tiada polisterin di kawasan MPSJ,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perjumpaan dan Taklimat Penjaja Bazar Ramadan MPSJ 2016 di Hotel Grand Dorsett, pada 22 Mei lalu.

Nor Hisham berkata, peniaga disaran menggunakan pembungkus jenis ‘biodegradable’ dan pembekal juga sudah dimaklumkan untuk menyediakan bekalan secukupnya kepada peniaga supaya tiada lagi alasan kehabisan bekalan seperti tahun lalu.

“Inisiatif ini dibuat selepas memikirkan bahaya penggunaan polisterin yang akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna.

polisterin“Selain itu, peniaga juga diberi amaran tidak menjual, menyewakan tapak atau menggunakan khidmat pekerja warga asing kerana tindakan akan diambil serta-merta dengan barangan diangkut serta nama mereka disenarai hitamkan,” katanya.

Beliau juga mengingatkan peniaga untuk menjaga kebersihan tapak walaupun kerja pembersihan dan kutipan dilakukan MPSJ.

Difahamkankan, MPSJ meluluskan permohonan 1,397 peniaga daripada 1,411 pemohon bagi menjalankan perniagaan di bazar Ramadan tahun ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.