Categories
NASIONAL

MTUC hantar memo bantah Mahkamah Perusahaan dipindahkan

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membantah cadangan pemindahan lokasi baru Mahkamah Perusahaan dari Jalan Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur ke Bangunan PERKESO, Jalan Tun Razak.

Pemangku Presiden, Abdullah Sani Abdul Hamid, berkata lokasi sedia ada lebih baik dan mesra pengangkutan awam berbanding cadangan lokasi baru.

MTUC“Pekerja terlibat biasanya golongan pertengahan dan bawahan. Kita cadangkan lokasi dikekalkan atau dipindahkan ke tempat lebih sesuai.

“Kita sudah hantar surat berkali-kali dan meminta pertimbangan menteri namun tidak dijawab,” katanya di luar Bangunan Parlimen.

Beliau berkata antara cadangan lokasi pemindahan lain adalah di Bangunan Daya Bumi dan Bangunan Bank Rakyat, Brickfields.

Abdullah Sani bersama hampir 40 peserta himpunan menyerahkan memorandum kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem yang diwakili Pendaftar Mahkamah Perusahaan, Roslee Sabaruddin Abu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.