Categories
NASIONAL

MYCHANGEMAKER berjaya bina Jalan KEADILAN

OLEH : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 3 MEI: MYCHANGEMAKER berjaya membina sebuah jalan yang dinamakan ‘Jalan KEADILAN’ di Kampung Lempaong, Betong Sarawak.

Jalan selesa dan selamat itu dibina bagi kemudahan harian penduduk rumah panjang sepanjang lapan kilometer dengan kos RM60,000.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berkata kerja pembinaan projek fasa kedua itu sudah dimulakan sejak awal tahun ini.

IMG_0857“Pilihan raya atau tidak – menang atau tidak – bukan alasan untuk tidak meneruskan mengubah nasib anak tempatan.

“KEADILAN dan MYCHANGEMAKER mengajak semua rakyat Malaysia menyertai kami dalam usaha memberi perkhidmatan berteraskan keilhlasan bukan bersyarat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.

Katanya, MYCHANGEMAKER turut berjaya memasang 200 lampu solar di hampir 114 buah rumah panjang di sekitar Ba’Kelalan dengan jarak sejauh 285KM daripada bandar Kuching.

Chg80HAUgAEUEVa“Rumah panjang di Betong antara destinasi fasa pertama ini.

“Kami berjalan kaki sejauh 11.2KM mengharungi 22 bukit, empat sungai dengan kedua-duanya tidak mempunyai jambatan dan di situ kami mengenalpasti beberapa masalah penduduk tempatan.

“Antara yang dilakukan adalah pemberian 10 buah lampu solar kepada sebuah rumah panjang,” katanya.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi Bank Hong Leong atas nama ‘Parti Keadilan Rakyat – JPRP’ akaun bernombor 22500010828.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.