Categories
SELANGOR

Naik taraf jalan dipergiat elak kesesakan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SUBANG JAYA, 6 MEI: Menuju ke arah pembangunan lebih sistematik, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersama Sime Darby dan Prasarana melaksanakan kerja naik taraf Jalan Kemajuan Subang, SS16.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata di Subang Jaya masih terdapat lot komersial belum dibangunkan dan Sime Darby dalam perancangan untuk membangukan pusat komersial Subang Jaya City Center.

“MPSJ meletakkan syarat kepada pemaju untuk membuat penambahbaikan aliran trafik di SS16 sebelum pembangunan bermula supaya tidak berlaku kesesakan lalu lintas.

MPSJ Hannah Yeoh“Sejak beberapa tahun lepas Sime Darby membuat kajian trafik dan ia diteliti pakar perunding MPSJ bagi melihat keberkesanan perlaksanaan itu,” katanya sewaktu sidang media kerja naik taraf Jalan Kemajuan Subang di hadapan T.G.I Fridays, Subang Prade di sini, hari ini.

Hannah berkata, terdapat dua pemaju yang perlu melaksanakan iaitu selain Sime Darby, Prasarana bagi membuat penambahbaikan jalan kerana terdapat aliran sambungan LRT yang berhampiran.

Katanya, antara kerja naik taraf adalah membina dua pusingan dengan cadangan satu di hadapan Wisma Consplant yang siap pada 8 April lalu dan pusingan kedua di hadapan T.G.I Friday, Subang Prade yang siap namun masih dalam pemerhatian untuk penambahbaikan.

“Kerja itu dijangka bermula bulan depan dan siap pada pertengahan Jun.

“Dengan siapnya jalan ini ia mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama U Turn di depan subang prade ini,” katanya.

Selain itu, katanya orang ramai diingatkan untuk memberi kerjasama untuk tidak tidak meletakkan kenderaan atau menunggu di hadapan Subang Prade dan Empire yang menjadi punca kesesakan lalu lintas.

MPSJ diminta memantau bukan sahaja menyaman mereka menyalahgunakan jalan tetapi kenderaan ditarik bagi mengelak perkara berulang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.