Categories
SELANGOR

PANTAS MDKL segera alih pokok tumbang

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 MEI: Pasukan Tindakan Pantas (PANTAS) Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dikerah ke lokasi berlaku pokok tumbang yang menghalang laluan pengguna jalan raya akibat hujan lebat dan angin kencang di sekitar Bandar Saujana Putra.

Yang Dipertua MDKL, Mohd Azhar Mohamed Ali, berkata seramai empat anggota Skuad PANTAS segera ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat bagi menjalankan operasi pemotongan dan pembersihan pokok tumbang pada jam 7.45 malam.

14_Snapseed“Kawasan yang terlibat mengalami kejadian pokok tumbang termasuklah Jalan SP 7/14,Jalan SP 7/11 dan juga Jalan SP 7/9.

“Skuad PANTAS mengambil masa selama hampir lima jam bagi memastikan kawasan itu selamat dilalui pengguna jalan raya serta kerja pemotongan dan pengalihan pokok tumbang diselesaikan,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Azhar berkata, MDKL menggunakan dua mesin pemotong, sebuah highcutter dan sebuah pacuan empat roda Skuad bagi melaksanakan kerja memotong serta mengalihkan sisa pokok tumbang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.