Categories
SELANGOR

Pembangunan usahawan bantu rakyat tingkat ekonomi, taraf hidup

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 1 MEI: Kerajaan Negeri menjadikan program pembangunan usahawan salah satu teras ke arah membantu rakyat meningkatkan taraf hidup dan ekonomi.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata pelbagai program dijalankan seperti HIJRAH Selangor berjaya melahirkan lebih ramai golongan usahawan di negeri itu.

HIJRAH12Ini kerana, katanya, usahawan adalah salah satu tonggak kepada sistem ekonomi yang maju.

“Kerajaan Negeri memberikan tumpuan serius dalam soal pembangunan usahawan di negeri ini di dalam Belanjawan Selangor 2016 menyediakan peruntukan tambahan RM31 juta untuk menampung peruntukan sedia ada RM100 juta.

“HIJRAH Selangor adalah program di peringkat permulaan usahawan boleh mendapat bimbingan bagi memulakan langkah pertama dalam dunia perniagaan.

“Ia menunjukkan prestasi sangat baik bukan hanya mampu membantu dan menyalurkan pinjaman kepada lebih 19,000 rakyat Selangor tetapi menunjukkan rekod baik dari segi kutipan pinjaman baik pada kadar 97 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perasmian Selangor Food Mega Festival (SFMF) 2016 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, malam tadi.

Majlis terbabit turut dihadiri Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din apabila kira-kira 150 usahawan menyertai SFMF 2016 yang berlangsung semalam dan hari ini.

Amirudin berkata, kejayaan terbabit menguatkan tekad Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat bagi berkongsi keberkatan dan kejayaan bersama.

IMG_3328“Kerajaan Negeri teru menerus melaksanakan program dianggap kebajikan atau pemberian kerana dengan adanya program seperti ini, rakyat yang perlu dapat dibantu dan menikmati taraf kehidupan lebih baik,” katanya.

Dalam sama sama, beliau berkata, Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Negeri berjaya menganjurkan program SFMF dan menjadikan ia sebagai salah satu acara utama di Selangor walaupun baru memasuki tahun kedua.

“Tidak dinafikan majoriti rakyat Malaysia adalah ‘kaki makan’ dan hampir 150,000 pengunjung dicatatkan pada SFMF tahun lalu.

“Perniagaan perkhidmatan pembekalan makanan dan minuman bukan hanya perniagaan bagi memenuhi keperluan asasi tetapi turut ditambah nilai dengan personaliti dipanggil gaya hidup,” katanya.

EZT

Leave a Reply

Your email address will not be published.