Categories
SELANGOR

‘Study Smart’ bukan ‘Study Hard’, pelajar kongsi rahsia raih 7A UPSR

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 1 MEI : Menerima penghargaan antara pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Herrvind Raaj Rajesparan menganggap kejayaan itu sebagai permulaan baginya.

Pelajar SJKT Glenmarie dengan keputusan 7A itu berkata, tumpuan pembelajaran di sekolah dan sokongan ibu bapa mendorong kepada kejayaan itu.

8982079a-4f36-45c7-a70d-173faa8b90d1“Tidak perlu belajar sehingga lapan jam sehari. Saya pun belajar waktu malam lepas balik sekolah atau hadiri kelas tuisyen selepas waktu sekolah.

“Apa yang penting, kita beri tumpuan sewaktu guru mengajar di kelas. Sebab kalau tidak serius sewaktu cikgu mengajar, kita boleh terlepas maklumat penting yang tidak ada dalam buku,” katanya pada Majlis Anugera Cemerlang UPSR SJKT di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, SUK di sini, semalam.

Prateeba Shyamalan, pelajar SJKT Puchong berkata, ibu bapanya menitikberatkan aspek pengurusan masa dalam kehidupan sehariannya.

Katanya, pengurusan masa secara efisien perlu dirancang golongan muda agar tidak terleka dengan perkara tidak bermanfaat.

“Tidak salah untuk menonton televisyen atau keluar dengan kawan-kawan selepas seharian belajar.

“Paling penting sekali kita kena urus masa secara bijak dan buat ulangkaji bukan pada saat akhir sebelum peperiksaan,” katanya.

Kedua-dua pelajar cemerlang ini menerima Sijil Penghargaan, wang saguhati berjumlah RM200 dan cenderahati.

Diharap kejayaan ini menjadi sumbang saran kepada pelajar lain untuk meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan akan datang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.