Categories
SELANGOR

Penanaman pokok bakau usaha terpuji PKNS lestarikan Pulau Klang

OLEH : HAFIZAN TAIB

PULAU KLANG, 23 MEI: Penanaman pokok bakau dijalankan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pulau Klang adalah langkah wajar dalam usaha pemuliharaan pulau berkenaan.

Pegawai Sistem Kualiti, Sariah Said, berkata ia bagus untuk pembangunan di kawasan itu selain mengekalkan alam sekitar sedia ada.

Sariah“Pembabitan kakitangan PKNS dalam program ini amat baik bagi menimbulkan kesedaran betapa pentingnya pemeliharaan hutan simpan seperti ini.

“Usaha digerakkan PKNS ini juga bertepatan dengan kehendak persijilan Keselamatan, Kesihatan dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SHE-MS),” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Siti Sarah Mohamed Kassim dari Bahagian Perhubungan Awam berkata, program dijalankan PKNS membabitkan sepasukan kakitangan membentuk kerjasama erat hingga menghasilkan kejayaan membanggakan.

Sarah“Ia wajar diteruskan pada masa depan dan program ini banyak memberi manfaat bagi pemeliharaan dan pengekalan pulau ini,” katanya.

Begitu juga Arkitek Landskap, Nasir Yusuf yang berpendapat langkah terbabit satu usaha murni dan menyumbang kebaikan kepada kawasan pulau berkenaan.

Nasir“Ia satu usaha dalam memberi kesedaran terhadap kepentingan pembangunan sistem ekologi.

“Usaha ini harus dilakukan secara berterusan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.