Categories
SELANGOR

Penyerang Selangor antara 27 pemain disenarai hadapi Piala Negara-negara

SHAH ALAM 30 MEI: Penyerang Selangor Adam Nor Azlin adalah antara 27 pemain disenarai Frank Bernhardt bagi menghadapi Piala Negara-Negara diadakan dari 3-5 Jun ini.

Pengendali skuad bawah 21 tahun negara (B-21), Frank Bernhardt, berkata
pemain sayap licik Kedah, Muhammad Farhan Roslan turut disenarai dalam skuad itu.

Nor Adam
Adam Nor Azlin

Muhammad Farhan dipilih selepas disahkan pulih daripada kecederaan pangkal paha oleh doktor pasukan.

Beliau bagaimanapun menjelaskan terpaksa menggugurkan pemain Pahang, Mohamad Shah Amirul yang mengalami kecederaan lutut dan memerlukan dua minggu untuk pulih.

Selain Mohamad Shah, Bernhardt turut menggugurkan lima pemain lain iaitu M. Kogileswaran Raj (Frenz United), N. Thanabalan (Negeri Sembilan), Muhammad Faizzudin Mohd Abidin (Selangor), Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team) dan G. Thipen Raj (MISC-MIFA).

“Saya menaruh kepercayaan terhadap semua pemain dan saya lihat mereka mempunyai kualiti yang baik.

“Namun, saya perlu katakan di sini bahawa kami mengadakan banyak latihan pusat dan perlu mengulang semula latihan dari aspek taktikal bagi membolehkan pemain kembali serasi dengan corak permainan yang kami mahukan,” kata Bernhardt menerusi kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beliau berkata objektif utama skuad B-21 negara adalah memenangi kejohanan tersebut, namun menekankan pentingnya untuk memastikan integrasi pemain baharu ke dalam skuad berkenaan berjalan lancar, bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kesebelasan terbaik.

Kejohanan Piala Negara-Negara yang julung kali diadakan dan dianjurkan FAM, melibatkan penyertaan empat negara iaitu Vietnam, Thailand, Singapura dan Malaysia selaku tuan rumah.

Malaysia akan menentang Singapura manakala Vietnam akan membuat perhitungan dengan Thailand pada aksi pembukaan pada 3 Jun ini.

Pemenang perlawanan mara ke final manakala pasukan yang kalah akan beraksi pada perlawanan penentuan ketiga/keempat, selang dua hari kemudian.

SENARAI 27 PEMAIN:

——————-

PENJAGA GOL: Muhammad Haziq Nadzli (PDRM); Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan); Amierul Hakimi Awang (Terengganu).

PERTAHANAN: R. Dinesh (Frenz United); Muhamad Hafiy Haikal Ismail, Dominic Tan Jun Jin (JDT II); Muhamad Danish Haziq Saipul Hisham (Negeri Sembilan); Muhammad Arif Farhan Md Isa(Kedah)

B. Sanjef Dinesh (DRB-Hicom FC); Mohamad Faris Shah Mohd Rosli (Kelantan); Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur); Muhammad Zulkhairy Zulkeply, Mohd Adib Zainuddin (UiTM FC);

PEMAIN TENGAH: Mohamad Faisal Abdul Halim (Pahang); Muhammad Syahmi Safari (Selangor); Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Zuasyraf Zulkiefle (T- Team); Muhammad Farhan Roslan (Kedah); Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT II); Muhamad Shahrul Hakim Rahim (Kelantan); Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Perak); Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak).

PENYERANG: Muhd Jafri Muhammad Firdaus Chew (Pulau Pinang); Adam Nor Azlin (Selangor); Muhammad Firdaus Saiyadi (Perak); Muhamad Arif Mohamed Anwar (Kuala Lumpur); Muhammad Syafiq Ahmad (Kedah).

Leave a Reply

Your email address will not be published.