Categories
SELANGOR

Perkhidmatan bayar air “JomPAY” kembali lancar

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 11 MEI: Tiada gangguan pembayaran bil Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menerusi aplikasi JomPAY sepertimana diuar-uarkan sebelum ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata pelanggan boleh meneruskan pembayaran menerusi aplikasi itu seperti biasa.

syabass“Malah, pelanggan yang membayar bil dari 16 Mei sehingga 20 Mei 2016 berpeluang memenangi hadiah menarik.

“Satu unit ‘iPod touch’ akan dihadiahkan setiap hari dalam tempoh itu untuk pemenang yang membayar bil menerusi JomPAY,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, SYABAS memaklumkan terdapat gangguan sementara bagi pelanggan yang membayar menerusi JomPAY bermula 16 Mei sehingga 20 Mei 2016.

Sempena kempen ulang tahun JomPAY yang pertama, pengguna yang menggunakan aplikasi itu juga layak memenangi BMW dan menikmati bil dibayar selama setahun.

Kempen ‘Drive home a BMW with JomPAY’ itu sedang berlangsung dan akan berakhir pada 5 Ogos 2016.

Pelanggan boleh membayar melalui JomPAY di perbankan internet dan telefon mudah alih bank di Malaysia.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.