Categories
SELANGOR

Peruntukan RM10 juta, Bas Smart Selangor diperluas seluruh negeri

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SELAYANG, 13 MEI : Peruntukan RM10 juta disalurkan bagi tujuan penambahan perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor di seluruh negeri.

Exco Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata perkhidmatan terbabit diperluas ke kawasan luar bandar sebagai keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap masyarakat setempat.

BAS PERCUMA SELAYANG“RM10 juta diperuntukan untuk memperluaskan perkhidmatan ini ke kawasan luar bandar dengan pertambahan 15 unit bas.

“Terdapat 41 unit sedang beroperasi dalam kawasan perbandaran dengan kemudahan Wifi dan mesra OKU. Kini satu lagi kawasan perbandaran iaitu MPS (Majlis Perbandaran Selayang),” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Pelancaran Bas Smart Selangor di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang di sini, pagi tadi.

Hadir sama, Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan; Amirudin Shari, Exco Infrastruktrur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani; Zaidy Abdul Talib, dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang; Gan Pei Nei.

Perkhidmatan Bas Smart Selangor diwujudkan sejak 2016 memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat Selangor khususnya di kawasan bandar.

BAS PERCUMA SELANYANG 2Bagaimanapun, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini optimis perkhidmatan bas percuma itu diperluas ke kawasan luar bandar menjelang Julai ini.

Mengulas lanjut, Teng berkata, pekhidmatan Bas Smart Selangor juga mampu menjadikan sistem pengangkutan awam di negeri ini lebih teratur dan bersistematik.

“Sistem pengangkutan awam di Selangor dapat disepapdukan dan bergerak dengan lebih efektif dan berkesan di samping membantu meringankan beban trafik di kawasan sekitarnya.

“Semua masyarakat diseru mengambil peluang memanfaatkan kemudahan disediakan Kerajaan Negeri ini sebaik mungkin,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.