Categories
SELANGOR

PKNS FC pamer cabaran hebat sebelum tewas

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 15 MEI: Tewas tipis dan PKNS FC menghadirkan cabaran hebat kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala FA, malam tadi.

Ketua Jurulatih PKNS FC, E Elavarasan, berkata sebagai pasukan bukan pilihan, The Red Ants mempamerkan persembahan mengagumkan berhadapan Harimau Selatan yang diakui pasukan jaguh ketika ini.

“Ia perlawanan akhir yang sukar dan kita berjaya mencabar lawan dengan kualiti permainan menarik.

IMG_20160514_220255-800x751“Biarpun tewas tetapi saya berpuas hati dengan persembahan pasukan yang tidak mudah menyerahkan kalah,” katanya dalam sidang media di sini, malam tadi.

JDT menjuarai Piala FA dengan menewaskan PKNS FC 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, di sini, yang disaksikan lebih 75,000 penonton.

Gol JDT dijaringkan ketua pasukan, Safiq Rahim menerusi sepakan penalti pada minit ke-15 dan Jorge Rolandopereyra Diaz (m35) bagi memadam pendahuluan PKNS FC dilakukan Gabriel Miguel Geurra (m5, penalti).

Mengulas lanjut, Elavarasan berkata, perlawanan mungkin berubah jika percubaan dilakukan Geurra (m70) atau Juan Corbelli (m85) menemui sasaran.

“Kita akur dengan kekalahan ini dan tahniah kepada JDT,” katanya.

Pengurus JDT, Mario Gomez berkata, pemain mempamerkan karektor selaku juara bagi menguasai permainan dan memenanginya.

“Kita dicabar hebat PKNS FC pada awal perlawanan dan mendahului apabila pemain pertahanan melakukan kesilapan.

IMG_20160514_220313-800x588“Bagaimanapun dengan kualiti dimiliki, pemain bangkit dengan persembahan diperlukan untuk muncul juara,” katanya.

Beliau berkata, juara Piala AFC itu menepati sasaran untuk menjuarai kejohanan dan kini fokus kepada kejuaraan lain pada musim ini.

“Selepas kita juarai Piala Sumbangsih dan Piala FA, kita akan memberi tumpuan bagi mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala AFC serta yang lain.

“Kita akan fokus kepada perlawanan menentang Pahang (dalam Liga Super) selepas ini tetapi sementara waktu kita gembira dahulu bagi meraikan kemenangan,” kata Ketua Jurulatih JDT itu.

Selain menjuarai Piala FA, Jorge Rolandopereyra Diaz terus mengembirakan kem JDT dengan muncul pemain terbaik perlawanan akhir berkenaan.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.