Categories
NASIONAL

Polis patut utamakan siasat kes jenayah bukan pembangkang

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 MEI: Tindakan menyoal siasat pimpinan pembangkang
berhubung himpunan solidariti Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya membuang
masa polis.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata polis sepatutnya diberikan ruang sepenuhnya menyiasat kes jenayah yang semakin membimbangkan.

Nurul Izzah dan Elizabeth Wong di IPD Sungai Buloh (ASRI) (2)Katanya, tumpuan juga harus diberikan kepada isu yang memerlukan perhatian dan kerjasama polis.

“Walaupun tak bersetuju dengan tindak tanduk tempang Menteri Dalam
Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, saya perlu tekankan tindakan polis hari ini amat profesional.

“Bagaimanapun, kami berharap ruang masa mereka dapat ditumpukan kepada kes lain.

“Kami berterima kasih atas kerjasama polis namun tidak sesekali mendukung arahan politik Zahid Hamidi,” katanya selepas memberi keterangan di Ibupejabat Daerah Sungai Buloh.

Terdahulu, Nurul Izzah bersama Exco Negeri, Elizabeth Wong diminta hadir bagi memberi keterangan berhubung himpunan solidariti Anwar di hadapan Penjara Sungai Buloh pada Februari 2015.

Mereka yang ditemani Peguam, Raul Lee mula dilihat memasuki ibu pejabat polis pada pukul 3.30 petang dan keluar 40 minit kemudian.

Elizabeth berkata, beliau dan Nurul Izzah ditanya 15 soalan berhubung himpunan berkenaan.

“Kami ditanya soalan seperti siapa hadir, siapa pula penganjur, apa yang diucapkan serta siapa yang jaga sistem audio,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.