Categories
SELANGOR

SmartSelangor Food Stamp bantu 5,600 keluarga kurang mampu

OLEH : HAFIZAN TAIB

SUNGAI BESAR, 20 MEI: Program bantuan makanan asas “#SmartSelangor Food Stamp” 2016 dilancarkan Kerajaan Negeri hari ini bagi membantu golongan kurang berkemampuan di seluruh Selangor.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata program bantuan bulanan itu adalah yang pertama seumpama diperkenalkan sebuah Kerajaan Negeri di negara ini.

IMG_6221“Selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri seperti mana dibentangkan dalam Belanjawan 2016, kita peruntukkan RM3 juta untuk membantu 5,600 keluarga di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

“Kita menyasarkan program dijalankan mulai Jun ini,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran bantuan makanan asas “#SmartSelangor Food Stamp” di Dewan Seri Bernam, di sini.

Katanya, setiap bulan Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan bernilai RM50 berbentuk barangan keperluan asas kepada 100 keluarga di setiap DUN di negeri itu.

“Ia bersesuaian dengan rakyat kini dibebani kos sara hidup tinggi.

“Inisiatif ini disambut baik rakyat Selangor,” katanya.

Dalam majlis itu, Menteri Besar menyampaikan bantuan kepada 100 keluarga dari DUN Sungai Panjang dan 100 keluarga (DUN Sekinchan).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.