Categories
SELANGOR

Sokongan 1.2 juta tandatangan, gelombang Reformasi tuntut Najib undur

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 MEI : Sokongan 1.2 juta tandatangan dikumpulkan menerusi Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia mencetuskan kembali gelombang Reformasi rakyat di negara ini.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sejarah kebangkitan rakyat ketika zaman Reformasi 1998 berulang apabila seluruh masyarakat bersatu menuntut pentadbiran adil dan saksama.

“Pada ketika itu kita ketepikan isu peribadi dan latar belakang politik. Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum bersatu dengan satu tekad untuk melakukan Reformasi menyelamatkan Malaysia.

Deklarasi Rakyat“Kesepaduan inilah mencipta kebangkitan rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara sekali gus merubah landskap politik negara ketika itu.

“Kita mengulangi sejarah tersebut apabila rakyat tanpa mengira kaum dan idealogi politik bersatu menyelamatkan Malaysia menuntut Najib turun segera daripada tampuk kepimpinan,” katanya yang juga Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata demikian pada Himpunan Selamatkan Malaysia, peringkat Selangor di Stadium Malawati, malam tadi.

Antara yang hadir, bekas Perdana Menteri; Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah; Presiden AMANAH; Mohamad Sabu, bekas pimpinan Umno; Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Khairuddin Abu Hassan, Exco Negeri; Dr Daroyah Alwi, Amiruddin Shari dan Elizabeth Wong.

Deklarasi Selamatkan MalaysiaTerdahulu, Ketua Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata gerakan itu berjaya mengumpulkan 1.2 juta jumlah tandatangan untuk dibawa kepada Majlis Raja-Raja, menuntut pengunduran Datuk Seri Najib Razak.

Mohamed Azmin berkata, sambutan itu membuktikan rakyat Malaysia menolak kepimpinan Najib ekoran kegagalan urustadbir beliau sebagai Perdana Menteri susulan pelbagai skandal kewangan dan korupsi pentadbirannya.

“Ucapan tahniah kepada 1.2 juta rakyat Malaysia yang berani tandatangani deklarasi rakyat ini. Namun, mengapa saya rakamkan penghargaan dan ucapan tahniah?

“Ini kerana rakyat Malaysia hari ini tampil menandatangani dokumen penting bukan dengan imbuhan atau sogokan seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM500.

“Tetapi mereka (rakyat) cekal dan berani tampil walaupun berdepan risiko cukup besar daripada pemberi,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.