Categories
NASIONAL

SPR digesa siasat cubaan beli undi

OLEH : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 3 MEI: KEADILAN menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ekoran kenyataannya yang disifatkan sebagai cubaan ‘membeli undi’.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berkata pihaknya berbincang dengan pasukan peguam sebelum memutuskan sebarang tindakan berhubung dakwaan itu.

Ahmad Zahid semalam mengumumkan peruntukan RM250,000 untuk Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kuching sehari sebelum proses undi awal dilakukan.

spr“Peruntukan diberikan juga ditambah dengan kenyataan Ahmad Zahid bahawa beliau mempertimbangkan permintaan Ketua Polis Negara (IGP) untuk naikkan elaun anggota, namun mereka (anggota) mahu melihat siapa yang mereka akan undi terlebih dulu.

“Pada saya kita lihat kenyataan begitu terbuka untuk membeli undi adalah satu yang menjejaskan keyakinan dalam proses pilihan raya.

“Kita menentang pembelian undi tetapi ia dilakukan berterusan oleh Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang sama tanpa tindakan susulan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.

Mengulas perkara sama Tian Chua menjelaskan, sebarang bentuk pemberian atau janji mendorong untuk mendapatkan undi adalah pelanggaran undang-undang pilihan raya.

“SPR perlu menunjukkan integriti dengan mengambil tindakan tanpa rasa gentar serta mengemukakan amaran kepada menteri.

“Mereka tidak boleh ‘pejam mata’ tehadap semua laporan itu.

“Jikamereka tidak membaca Malaysiakini, mereka sepatutnya membaca semua laporan akbar arus perdana yang mengikuti perkembangan itu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.