Categories
SELANGOR

Suee Lim: Noriah Kasnon pemimpin mesra masyarakat

OLEH: HAFIZAN TAIB

TANJONG KARANG, 7 MEI: Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon, 52, disifatkan pemimpin mudah didekati juga mesra dalam hubungan sesama pemimpin dan masyarakat.

Pembabitannya yang aktif dalam pelbagai program dijalankan di kawasan Parlimen Sungai Besar di sini, menjalinkan hubungan akrab dengan masyarakat setempat yang menyenangi kehadirannya sebagai pemimpin.

ChyDBNXUkAE9dduAhli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata meskipun berlainan parti dan berbeza fahaman politik namun ianya tidak menghalang Noriah serta dirinya mempunyai perhubungan baik demi kebaikan bersama.

“Saya antara salah seorang yang rapat dengan beliau dengan kita biasa bertemu dalam pelbagai majlis.

“Noriah seorang cukup ramah dan mudah didekati juga sangat dekat dengan orang ramai, pastinya ia kehilangan besar kepada masyarakat setempat khususnya di Sungai Besar dan Sekinchan,” katanya kepada media di sini, malam tadi.

Wakil rakyat DAP dari Pakatan Harapan (PAKATAN) itu hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, Khamis lalu.

Sambil merakamkan takziah kepada keluarga Noriah, Suee Lim menjelaskan, di sepanjang tiga penggal Noriah sebagai Ahli Parlimen Sungai Besar, beliau berjaya menampilkan dirinya sebagai pemimpin popular yang sentiasa bergerak aktif terutama dalam aktiviti dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan wanita.

Selain Noriah, penumpang lain dalam pesawat jenis Eurocopter AS350 Ecureuil yang belum ditemui adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Allahyarhamah, Asmuni Abdullah.

Juga dalam helikopter sama adalah pegawai peribadinya, Ahmad Sobri Harun dan Kapten Rudolf Rex Ragas.

Noriah dan rombongan berada di Sarawak bagi menyertai program rasmi Baruisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihanraya Negeri (PRN) ke-11 negeri berkenaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.