Categories
NASIONAL

PRN Sarawak: Pengundian bermula jam 8.00 pagi

KUCHING, 7 MEI : Bermula seawal jam  8 pagi, kesemua 1,754 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 dibuka kepada rakyat Sarawak membuat keputusan samada mengekalkan Barisan Nasional (BN) diterajui Tan Sri Adenan Satem atau membenarkan Pakatan menafikan BN majoriti dua pertiga.

IMG_4020Biarpun mengakui selesa, BN Sarawak tetap tertekan dengan kemaraan Pakatan apabila kebanyakan rakyat bumi kenyalang semakin mengambil pusing skandal yang terpalit ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang secara tidak langsung memberi kesan ke atas undi parti pemerintah itu.

Pengundian hari ini akan berakhir jam 5 petang sementara keputusan dijangka bakal diumumkan jam 9 malam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pusat pengundian itu ditutup pada jam 5 petang kecuali di beberapa pusat pengundian ditutup lebih awal mengikut lokasi dan jumlah pengundi di sesuatu kawasan, lapor Bernama.

IMG_4031Sebanyak 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi di pusat mengundi membabitkan sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan stadium tertutup bagi memilih wakil rakyat di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

DUN Bukit Kota dan Bukit Sari terkecuali daripada proses mengundi hari ini apabila ia dimenangi BN tanpa bertanding oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada hari penamaan calon 25 April lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.