Categories
NASIONAL

Terengganu ungguli Sirkit Kanu Kebangsaan 2016

OLEH : AFIX REDZUAN

BESTARI JAYA, 29 MEI: Pasukan Terengganu A mengungguli Sirkit Kanu Kebangsaan 2016 edisi kedua apabila merangkul trofi kategori Kebangsaaan dengan kutipan 189 mata.

Berlangsung di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya, Terengganu A berjaya mengatasi pencabar lain antaranya dari Selangor dan Putrajaya.

KanuUniversiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar menjuarai kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang turut disaingi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Terengganu A dan UTP masing-masing membawa pulang trofi kejuaraan.

Sementara itu, Selangor A pula mengungguli acara K1 Lelaki apabila Mohd Arif Hassan mengetepikan cabaran atlet Terengganu A, Mohd Azlan Ibrahim dan Putrajaya, Muhamad Adib.

Mohd Arif menang dengan catatan masa 39.42 saat berbeza 0.42 saat mengatasi Mohd Azlan ditempat kedua.

Bagi kategori Agensi, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengatasi cabaran RELA dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS).

Kemenangan TLDM disumbangkan gandingan Hairul Anuar Ismail dan Muhammad Fahqrul Tasnim Mat Asri.

Kesemua pemenang membawa pulang pingat yang disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Kanu Selangor, Isnadi Mohd Saliman.

Sirkit Kanu Kebangsaan 2016 yang mula diperkenalkan tahun ini akan diteruskan Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu dan Tasik Sedanan, Melaka.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.