Categories
SELANGOR

KO2T semakin popular, lebih penyertaan

OLEH : HAFIZAN TAIB

KUALA SELANGOR, 30 MEI: Perlumbaan King Of 2T (KO2T) semakin mendapat tempat di kalangan pelumba motosikal di Selangor serta luar.

Perlumbaan pusingan kedua diadakan di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor (LLRKS), di sini berjaya menarik penyertaan 213 pelumba dalam 11 kategori.

King of 2T Litar Rakyat Kuala Selangor(ASRI) (2)Setiausaha Kelab Sukan Bermotor Inspirasi, Amir Ikhwan, berkata perlumbaan memasuki tahun ketiga semakin mendapat sambutan daripada pelumba yang menganggap ia membuka ruang kepada mereka mengasah bakat.

“Penganjuran perlumbaan ini bertujuan memberi peluang anak muda di peringkat akar umbi selain menghindari mereka terbabit dalam perlumbaan haram.

“Ternyata ia semakin popular dengan penyertaan menggalakkan termasuk dari luar Selangor seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Thailand,” katanya kepada SelangorKini di sini, semalam.

Berikutan sambutan hangat, beliau berkata, penganjur tahun ini memperkenalkan kategori baru iaitu Uma Racing Cup (180cc 4T) bagi menambah kemeriahannya.

King of 2T Litar Rakyat Kuala Selangor(ASRI) (1)Katanya, perlumbaan lima pusingan di LLRKS memberikan pendedahan kepada pelumba terutama baru menimba pengalaman.

“LLRKS disediakan Kerajaan Negeri mendatangkan manfaat kepada mereka bagi merasai suasana perlumbaan sebenar.

“Ia perkembangan baik bagi sukan permotoran di Selangor dalam usaha mempopularkannya dan mencungkil bakat baru,” katanya.

Selain, Uma Racing Cup, KO2T mempertandingkan perlumbaan King Of The King sebagai acara utama serta yang lain Mix Scooter (4T & 2T), Mix 120cc, Mix All Star, Mix Sport Production, One Made Yamaha, One Made Suzuki, Mix 4T Stock, Mix 4T Pro dan Mix 2T Pro.

KO2T pusingan pertama dilangsungkan April lalu, akan berehat pada Ramadan dan memasuki pusingan ketiga pada awal Ogos depan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.